pEnGiKuT tEmPaTaN!!

Tuan tanah.

My photo
bersinggah di dunia yang sementara,meneruskan kehidupan yang masih berbaki,yep..thats me.

Feb 1, 2010

KEBENARAN TERDEDAH.....

Nukilan...hari-hariku datang dan pergi tanpa henti bagaikan dengan kenangan manis dan pahit serta pengalaman hidup,dan ianya akan terus berlanjutan selagi hayat dikandung badan kerana inilah putaran kehidupan....



sudah sekian lama blog ini ku tinggalkan,terasa kerinduan mengisi seluruh tubuh GAGAH ini...

                                bukan kerana aku tiada idea...
                                bukan kerana aku tiada ceritera..

tapi kerana kesibukan yang melampau membuatkan aku berat tangan untuk melakar kisah ku di
laman ini...hendak di ikutkan hati,mahu saja aku menaip
sepuas-puasnya,tetapi ceritera ku terpaksa ku
shortcut kan.....


Kini baru aku tahu kepayahan insan yang bergelar BAPA dalam mencari rezeki demi untuk anak-anak serta isteri terchenta...

pada satu hari di minggu lepas,bapaku menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 daripada rakannya,mengatakan bahawa lori panduannya BREAKDOWN di Muadzam,Pahang...


tepat jam 12 pagi di hari yang sama,bapaku keluar bersama peralatannya ke Muadzam di temani seorang pekerjanya...


tanpa mengetahui punca dan waktu semua perkara selesai,bapaku sempat berpesan dengan ku sekiranya die tidak sampai rumah keesokan harinya,aku dikehendaki membuka bengkel sendirian bersama seorang lagi pekerjanya....


dengan berat hati aku bersetuju sambil berdoa agar urusannya siap awal...


keesokan harinya aku terpaksa membuka bengkel kerana urusan bapaku masih tidak selesai...
pukul 8 pagi aku sudah bergerak menuju ke bengkel yang jaraknya hampir setengah km daripada rumah dengan menunggang motosikal.....

kerjaku bermula dengan menyapu segenap inci lantai bengkel agar sentiasa nampak kemas dan teratur,kemudian sambil menunggu customer,aku memeriksa buku akaun bengkel yang menunjukkan senarai duit masuk dan duit keluar(lbey kurang cam Prinsip Akaun je)...

sebagai seorang mekanik sambilan yang sangat-sangat AMATUR,aku hanya tahu mencuci enjin,hafal senarai harga spare part mobil dan membuka part-part kereta tanpa mengetahui bagaimana mencari punca kerosakan dan bagaimana untuk memasang part-part itu kembali...


nasibku baek kerana bapaku meningalkan seorang pekerja untuk menolong...dipendekkan cerita,dari pukul 8 sampai pukul 3 petang aku hanya mendapat 40 ringgit malaysia sahaja....

15 ringgit bayaran untuk servis kereta dan 25 ringgit adalah upah membetulkan regulator tingkap(regulator tu mende yg naik or trunkn tngkap kete korg pkai suis tu)...

bayangkan sahaja kalau scene seperti ini berlanjutan selama sebulan...mesti pening..nak bagi duit anak sekolah,gaji pekerja,bil api,bil air semua,bla bla bla....

jadi hargai la dwit yang di amanahkan kt korang...meski korang kaya dan berada sekalipun tetap kena kerja untuk dapat dwit kan??

buat korang yang sudah bekerja..maybe korang seronok bile tengah bulan je dapat gaji,joli sana sini...
aku dapat 40 ringgit malaysia pun da terpikir macam mana la nanti kalo aku da ade tanggungan..peritnya,40 tak cukup kowt nak tanggung anak orang....


susah tak susahnya hidup ni,kini aku lebih menghargai duit yang aku dapat dan aku sudah tidak malas untuk ke bengkel lagi,namun begitu dalam minggu ni mungkin aku akan tukar kerja kerana ingin mencari pengalaman baru(pengalaman ape je ko dapat kalo tokey bapa sendiri,takde social skill langsung)...



sampai di sini sahaja celoteh dan coretanku pada kali ini....nantikan post yang lebih berperasaan dari nukilan sang perajurit...

3 comments:

  1. same2.. aku pn keje ank boss..
    pk nk tko keje.. tpi x tau nk keje ape :S

    ReplyDelete
  2. aisar :lek ar sar,aku wat post ni bkn nk suruh sdey,tp suruh pikir

    gan :ko taw keje ape je gan??

    ReplyDelete

kuku..