pEnGiKuT tEmPaTaN!!

Tuan tanah.

My photo
bersinggah di dunia yang sementara,meneruskan kehidupan yang masih berbaki,yep..thats me.

Feb 16, 2010

RAHASIA PEREMPUAN.....

Nukilan...hari-hari semalam menjadi pengalaman meempuh hari-hari yang mendatang dengan sekelumit harapan agar ianya menjadi lebih baik daripada hari semalam....



 di sini aku ade curik sesuatu dari beberapa majalah yg aku combine kemudian edit sikit2...so ape lagi..BACE JGN X BACE...




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum
kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia
dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan
tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan
dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe!
rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-
pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.



So kepada wanita2 yg membaca..btol ke sume tu?aku xtaw coz ak bkn pmpn..haha..


Then kepada para teruna pule...kalo ape yang kat atas ni btol amek la cket sbg panduan..bkn pe..kite ni kene la lyn pmpn baek2..coz dorg ni kaum yg di cipta dri rusuk kite gk...


Tapi kalo ko bwat baek sebaek-baek umat then pmpn tu wt celaka..its unforgiven...x taw nk hargai org len..huhh...


haha,look lyke masa dh jelez ni..need to go now.....

Feb 1, 2010

KEBENARAN TERDEDAH.....

Nukilan...hari-hariku datang dan pergi tanpa henti bagaikan dengan kenangan manis dan pahit serta pengalaman hidup,dan ianya akan terus berlanjutan selagi hayat dikandung badan kerana inilah putaran kehidupan....



sudah sekian lama blog ini ku tinggalkan,terasa kerinduan mengisi seluruh tubuh GAGAH ini...

                                bukan kerana aku tiada idea...
                                bukan kerana aku tiada ceritera..

tapi kerana kesibukan yang melampau membuatkan aku berat tangan untuk melakar kisah ku di
laman ini...hendak di ikutkan hati,mahu saja aku menaip
sepuas-puasnya,tetapi ceritera ku terpaksa ku
shortcut kan.....


Kini baru aku tahu kepayahan insan yang bergelar BAPA dalam mencari rezeki demi untuk anak-anak serta isteri terchenta...

pada satu hari di minggu lepas,bapaku menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 daripada rakannya,mengatakan bahawa lori panduannya BREAKDOWN di Muadzam,Pahang...


tepat jam 12 pagi di hari yang sama,bapaku keluar bersama peralatannya ke Muadzam di temani seorang pekerjanya...


tanpa mengetahui punca dan waktu semua perkara selesai,bapaku sempat berpesan dengan ku sekiranya die tidak sampai rumah keesokan harinya,aku dikehendaki membuka bengkel sendirian bersama seorang lagi pekerjanya....


dengan berat hati aku bersetuju sambil berdoa agar urusannya siap awal...


keesokan harinya aku terpaksa membuka bengkel kerana urusan bapaku masih tidak selesai...
pukul 8 pagi aku sudah bergerak menuju ke bengkel yang jaraknya hampir setengah km daripada rumah dengan menunggang motosikal.....

kerjaku bermula dengan menyapu segenap inci lantai bengkel agar sentiasa nampak kemas dan teratur,kemudian sambil menunggu customer,aku memeriksa buku akaun bengkel yang menunjukkan senarai duit masuk dan duit keluar(lbey kurang cam Prinsip Akaun je)...

sebagai seorang mekanik sambilan yang sangat-sangat AMATUR,aku hanya tahu mencuci enjin,hafal senarai harga spare part mobil dan membuka part-part kereta tanpa mengetahui bagaimana mencari punca kerosakan dan bagaimana untuk memasang part-part itu kembali...


nasibku baek kerana bapaku meningalkan seorang pekerja untuk menolong...dipendekkan cerita,dari pukul 8 sampai pukul 3 petang aku hanya mendapat 40 ringgit malaysia sahaja....

15 ringgit bayaran untuk servis kereta dan 25 ringgit adalah upah membetulkan regulator tingkap(regulator tu mende yg naik or trunkn tngkap kete korg pkai suis tu)...

bayangkan sahaja kalau scene seperti ini berlanjutan selama sebulan...mesti pening..nak bagi duit anak sekolah,gaji pekerja,bil api,bil air semua,bla bla bla....

jadi hargai la dwit yang di amanahkan kt korang...meski korang kaya dan berada sekalipun tetap kena kerja untuk dapat dwit kan??

buat korang yang sudah bekerja..maybe korang seronok bile tengah bulan je dapat gaji,joli sana sini...
aku dapat 40 ringgit malaysia pun da terpikir macam mana la nanti kalo aku da ade tanggungan..peritnya,40 tak cukup kowt nak tanggung anak orang....


susah tak susahnya hidup ni,kini aku lebih menghargai duit yang aku dapat dan aku sudah tidak malas untuk ke bengkel lagi,namun begitu dalam minggu ni mungkin aku akan tukar kerja kerana ingin mencari pengalaman baru(pengalaman ape je ko dapat kalo tokey bapa sendiri,takde social skill langsung)...



sampai di sini sahaja celoteh dan coretanku pada kali ini....nantikan post yang lebih berperasaan dari nukilan sang perajurit...

Jan 25, 2010

berKASIH dan berSAYANG=kasih sayang....,

Nukilan...hari-hari yang mendatang membawa segala macam pancaroba yang bisa menggugat keimanan serta menambah keraguan,namun kita hendaklah tabah kerana inilah putaran kehidupan...


Baru-baru ini aku sedar bahawa aku tidak perlu terdesak mencari orang yang menyayangi diriku,kerana apabila aku memerhati sekeliling,ramai orang yang menyayangi aku..


                baru aku menyedari bahawa selama ini aku berfikiran sempit seolah

                                      "KATAK DI BAWAH TEMPURUNG"


Kenapa aku berfikir sebegitu?

kerana sebelum ini aku ligat mencari seseorang yang sanggup menyayangiku seadanya(kononnya la)...bagiku dapat menjalani kehidupan bersama kekasih adalah perkara yang amat indah..

masakan tidak,pelbagai perkara boleh di kongsi seperti RAHSIA,MINAT,PERASAAN dan sebagainya...
pendek kata,segalanya tampak indah,gembira,bagaikan hidup kita diwarnai pelbagai warna yang ceria...
seolah-olah hanya si DIA sahaja yang berada di hatiku....



tetapi setelah aku membaca satu blog yang tidak dikenali...tentang celoteh si penulis terhadap kasih sayang,tetapi lebih mendalam kupasannya...aku secara tidak sengaja telah membaca isunya dan keputusannya aku terpaku...aku terpana..seolah-olah terbangun dari mimpi..seperti tersedar dari realiti...


hakikatnya...kasih sayang itu begitu LUAS skopnya...kasih sayang bukan sahaja kita berpasangan dengan orang yang kita sukai,tetapi ianya turut berlaku antara kita dengan alam a.k.a pencinta alam sekitar,kasih sayang juga boleh dilihat antara kita dengan haiwan a.k.a pencinta haiwan,antara kita dengan Guru-Guru,Ilmu,Rakan,malah barangan antik...namun yang paling penting adalah kasih sayang antara kita dengan tuhan,atau bagi orang muslim ALLAH...


namun begitu,manusia tidaklah sempurna seperti yang disangka...lupa,alpa serta leka sudah menjadi alasan KLISE untuk remaja zaman sekarang melupai tuhan mereka..malah gara-gara tersangkut dengan alam percintaan bersama pasangan masing-masing,segala-galanya direlakan.....baek perawan mahupun teruna..masing-masing perlu disalahkan tanpa pengecualian...kerana masing-masing menyumbang kepada permasalahan ini...


           BERCINTA TIDAK SALAH TAPI BIARLAH KENA DENGAN CARANYA...


Aku tidaklah HEBAT,aku tidaklah SEMPURNA...aku sekadar melontarkan luahan nubariku kepada umum,,
dan memberi PERINGATAN kepada diriku khususnya serta kepada umum umumnya....
moga KESEDARAN timbul jauh di sudut hati kita.....




P/S: walaupun aku kini SINGLE,tetapi aku tetap mempunyai pilihan hati,malah secara rasminya aku
       dah kena  rejek dua kali(klo x rasmi da bpe kli ntah)..tp siyes ak ta penah pk nk bwat pape,
       kalo x engat tuhan pn at aku selalu pk camnie...


                       "budak tu anak orang,bukan barang ko,ad paham"

        dan kalo ko bole pk muke bpk budak tu tengah marah,bengang,mesti
        ko x brani bwat jahat kt anak die.....

haha,itulah antara tips-tips yang tak salah mencuba coz tak pernah dicuba oleh aku.......

Jan 22, 2010

Sandiwara Harian..

Nukilan...Hari-hariku berlalu bagai hembusan bayu,terkadang laju,terkadang perlahan,tapi inilah realiti sebuah kehidupan...


Hari ini saja beberapa perkara telah berlaku dalam hidup aku.....rakan akrabku,si A telah melampiaskan rindunya melalui teknologi canggih  telefon bimbit...kami berbual seketika...antara perbualan kami berbunyi:

A: weh,lame doh x jmpe ko,rndu sial

B: ko memang,da rindu baru nak kol,klo x lupe mmber

A:gedik ar ko,ak kol ni pn kire ok la,weh sori la rugby ritu,
    x dpt join,xde dwit ar..

B: ah ko memang memanjang tade dwit

A: ala ko kene paham aku,umah dala jaoh,eh ko bile nk dtg uma ak?mst bez dpt lepak sesama 2-3 hari

B: eh,bnyk dwet ko,ko pk ak ni orang kaya,em tgok la nanti...


Itulah dia serba sedikit bait-bait perbualan kami,sandiwara yang amat dirindui bersama teman-teman,jika diimbas kembali,kenangan bersama teman-teman se-Hostel seperti dia sukar dilupakan...

bayang sajalah hidup 24 jam selama 2-5 tahun bersama-sama,saling berkongsi bagai bak kata pepatah inggeris yang berbunyi:

                                     

                                             'SHARING IS CARING'


segala kenangan amatlah menyeronokkan,dan mahu putaran roda kehidupan ini diterbalikkan agar masa kembali berulang..
namun apakan daya kita sebagai seorang hamba tidak bisa melakukannya...
biarlah yang lepas menjadi PEDOMAN,KENANGAN dan PENGALAMAN untuk kita menempuh hari-hari
yang MENDATANG...

Jan 21, 2010

Mari Ber"BLOGGING"

Nukilan...rase-rasenye ini adalah kali pertama aku ber blogging,rase teruja sangat coz akhirnya aku mampu mmpunyai blog untukku memuntahkan segala pendapat,idea,ceritera,malah mungkin juga pengalaman serta perjalanan hidupku....


Nukilan...nukilan sang perajurit menjadi tajuk blog ini mungkin kerana aku adalah anak "SOJAR",namun bagiku setiap manusia merupakan perajurit malah adiwira pada diri sendiri.Idea tentang perajurit ini tercetus ketika sedang menonton rancangan yang tidak diketahui tajuknye tapi bagiku adalah kesengalan di situ,adeke patot ramalan dipercayai bulat-bulat,haih..rase-rasenye ramai juge dikalangan rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khususnya,mempercayai horoskop yang tidak menentu.Kamon la wey,nasib sendiri kite sendiri yang tentukan,kite buat ape yang kite nak dan yang kat atas tu tentukan yang terbaik untuk kite,mudahkan?Tak payah pk pk lagi pasal horoskop sume coz sume tu NONESENSE....